πŸ“ˆ 2 Jenis Kerugian Dalam Trading

Salam Sejahtera All πŸ‘‹

Saya yakin ramai juga dalam kalangan subscribers ni trader. Jadi minggu ni jom kita cerita topik mengenainya. How was your trading week? Jika kalian berada dalam keadaan baik alhamdulillah tahniah, jika sebaliknya bacalah perkongsian di bawah dengan hati terbuka. Let’s go!

Dalam trading, kita perlu ketahui bahawa ada dua jenis loss. Pertamanya, good loss, dan keduanya adalah bad loss. Bagaimana untuk kita tahu samaada ianya good ataupun bad losses yang sedang ataupun telah kita lalui?

Jawapannya pada hemat saya adalah pada keadaan sebelum, semasa, mahupun selepas sesebuah entry di buat.

Good Losses bermakna, kita sabar menunggu setup seperti di dalam playbook/trading plan kita. Playbook ni pula bukan hanya boleh dapat sehari ye! Perlukan masa untuk mengkajinya sehingga dapat mengeluarkan playbook tersendiri.Dan sekiranya semuanya telahpun kita ikut menurut playbook kita, dan setup tersebut kena β€œstop loss”, maka ini adalah Good Loss dan kita tidak patut meratapi kerugian jenis ini. Kerana ianya adalah part of the process!

Bad Losses pula berlawanan dengan perkongsian di atas, iaitu tiada trading plan, masuk position mengikut perasaan dan bukan plan asal, selepas kerugian cepat-cepat counter position demi mendapatkan semula loss tadi misalnya, mahupun hanya sekadar β€œtidak tahan” menunggu setup. Pelbagai cara yang boleh membuatkan kita terjerumus di dalam bad losses ini, apapun mafhumnya membawa kepada satu konklusi iaitu losses ini jauh sekali daripada plan asal trading system kita.

Dan sekiranya kita melalui bad loss ini, adalah lebih baik untuk kita lihat semula what went wrong serta perbaiki kesilapan diri kerana ianya adalah ibarat parasit bisu yang menghalang perjalanan kita sebagai seorang trader. You vs you.

Hanya pandangan saya, I may be wrong I may be right. Semoga bermanfaat semua!

Adios, HA.

Ingin Belajar Bersama Kami? πŸ‘‡

πŸš€ Siri Belajar Trade Gold β†’ Belajar Trading Secara Percuma di Youtube

πŸ“š E-Video Intradate β†’ Belajar Strategi Mudah dan Proven

🏦 E-Video Fundamental β†’ Belajar Ilmu Fundamental

πŸ“±Lylyn App (Trading Journal) β†’ Dapatkan Aplikasi Nombor 1 Finance App

🎧Borak Fikir (Podcast) β†’ Top 5 Business Podcast (Apple Podcast)