🧠 2 Jenis Risiko Dalam Kehidupan

Salam Sejahtera All 👋

Minggu ini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya rasakan boleh memberikan manfaat kepada kalian terutama sekali kepada anak muda. Saya juga anak muda yang tidak lari daripada khilaf dan saya akui banyak lagi yang perlu dipelajari dan dilalui. Berikut adalah apa yg saya pelajari dan izinkan saya berkongsi.

Topik minggu ini adalah risiko, seperti yang kita semua sedia maklum di dalam kehidupan ini kita akan melalui situasi yang memerlukan pengambilan risiko. Sering kali kita mendengar perkataan mahupun cadangan yang menggalakkan dalam pengambilan sebuah risiko. Tapi bagaimana untuk kita ketahui risiko tersebut berbaloi ataupun tidak untuk di ambil? Takkan nak “Gamble” tutup mata dan buat sahaja keputusan bukan?

1. Accountable Risk

Di dalam buku E-Myth Revisited ada memberitahu tentang 3 faktor kejayaan sebuah perniagaan. Salah satunya ialah “quantification” ataupun pada hemat saya adalah “accountable”.

Di dalam buku Courage is Calling juga ada memberitahu tentang perkara ini iaitu keberanian untuk mengambil risiko itu perlu. Tetapi ianya perlulah “accountable”.

Maksud “accountable” ini adalah mengambil kira setiap aspek yang perlu sebelum membuat sebuah keputusan seperti pros and cons/worst case atau best case scenario dan sebagainya.

2. Gamble Risk

Bahasa mudahnya, ambil risiko secara melulu tanpa mengambil kira seperti jenis risiko dikongsikan tadi. Perkara ini juga boleh jadi terbawa-bawa oleh emosi sehinggakan keputusan yang di ambil itu tidak relevan kepada diri sendiri contohnya.

Mafhumnya, berani untuk ambil risiko itu perlu terutama sekali sebagai seorang ahli perniagaan. Risiko itu sendiri pada hemat saya adalah “batu loncatan” dalam sesuatu yang luar biasa hasilnya. Tetapi…. ianya datang dengan satu syarat, Keberanian + Risiko yang “Accountable”. Barulah best!

Selepas usaha cakna kepada perkara yang perlu, jangan lupa untuk melepaskan kepadaNya, kerana Dialah sebaik-baik perancang insyaAllah. Never stop learning.

Hanya pandangan saya, I may be wrong I may be right. Semoga bermanfaat semua!

Adios, HA.

Ingin Belajar Bersama Kami? 👇

🚀 Siri Belajar Trade GoldBelajar Trading Secara Percuma di Youtube

📚 E-Video IntradateBelajar Strategi Mudah dan Proven

🏦 E-Video FundamentalBelajar Ilmu Fundamental

📱Lylyn App (Trading Journal)Dapatkan Aplikasi Nombor 1 Finance App

🎧Borak Fikir (Podcast)Top 5 Business Podcast (Apple Podcast)