- Habib Al Attas
- Posts
- 🧪 Experiment Baru Yang Sedang Saya Cuba
🧪 Experiment Baru Yang Sedang Saya Cuba
Salam Sejahtera All 👋
Rindu juga nak menulis sebenarnya, lama dah tak menulis macam dulu. Almaklumlah kehidupan sekarang dah berbeza berbanding sebelumnya!
Sebelum kita sambung perkongsian email ini, maaf sekiranya mengganggu masa Tuan/Puan
“Kenapa Saya Terima Email ni?”
Ok jom sambung! Saya ingin mencuba perkara baru dan saya menganggapnya sebagai sebuah experiment iaitu berkongsi apa sahaja yang saya rasakan boleh memberi manfaat kepada kalian menggunakan medium email/newsletter.
Tanpa buang masa jom kita start, minggu ini saya baru habis baca satu buku business tempatan yang saya rasakan sangat powerful, ini disebabkan ianya kerap keluar di FYP saya. Dah namanya ilmu, why not kita cuba la beli.
Saya fahami follower saya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Don’t worry, this book is universal!
Kenapa ianya menarik minat saya?
Bukan seperti buku-buku tempatan yang lain
Mesra untuk seluruh manusia walaupun bukunya kelihatan seperti buku agama
Poin di dalamnya ada juga yang dikupaskan di dalam buku “business” yang bertaraf antarabangsa. Sebagai contoh buku Millionaire Fastlane, E-Myth Revisited dan pelbagai lagi.

Buku ini bernama Business Like Muhammad, antara perkara yang saya teruja disebabkan banyak tips yang dikongsikan di dalamnya kita sangkakan mereka di barat memulakan walhal Nabi Muhammad sudah berkurun dahulu melakukannya!
Contohnya,
Buku E-Myth Revisited membuka fikiran saya kerana ia memberitahu kita sangkakan jika kita mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, itu sudah cukup untuk berniaga dengan perkara tersebut. Walhal ramai sahaja mereka yang meminati bidang bakeri kemudian bungkus perniagaannya. Kepakaran itu penting, tetapi bagaimana kita manage dan kembangkan perniagaan itu juga mustahak! (Di dalam buku ini pun ada kupas soalnya)
Buku Start With Why, Ocean Blue Strategy, dan pelbagai lagi ada menceritakan tentang kepentingan untuk kita memberikan “real value” kepada pengguna, ramai antara kita pandai mencipta produk, tapi bukan semua yang tahu cara menjualnya, jual itu satu perkara, value di belakangnya juga perlu di ambil kira! (Point sebegini juga ada dikupaskan di dalamnya)
Dan pelbagai lagi, korang kena baca sendiri lah baru tau 😄
Boleh click link ini untuk mendapatkannya.
Ok guys cukup sampai di sini dahulu, benda baru buat saya, nervous pun ada ni. Haha 😆Thank you for supporting, jumpa di email seterusnya! Take care everyone.
Adios, HA.
Boleh Support Kami?
Screenshot email ini
Post Story Instagram dan Tag kami @thehabibalattas tunjukkan sokongan kalian kepada idea experiment ini.
Terima kasih sekali lagi semua ❤️

