🧠 Kepentingan Memuntahkan Fikiran

Salam Sejahtera All πŸ‘‹

Saya baru sahaja balik bercuti bersama keluarga tercinta untuk menyambut hari jadi puteri tercinta ❀️ Terlalu sibuk sehinggakan masa mencemburui kita. Takpa! Kita teruskan perkongsian minggu ini.

Terkadang di dalam perjalanan kita sebagai seorang manusia, boleh jadi kita melalui hari-hari yang mencabar.

Saya percaya apa sahaja yang telah diciptakan Tuhan bukan sengaja diletakkan sebagai hiasan. Tetapi untuk kita renungi. Bukit yang cantik itu pun ada naik dan turunnya untuk melakarkan kecantikan pada mata yang melihat.

1. Pisahkan Akal dan Emosi

Perkara ini bukan mudah , tapi ianya tidak mustahil dan memerlukan praktis (ini juga pesanan untuk diri sendiri!). Sering kali kita sangkakan perasaan kita betul, tetapi perasaan kita ini diciptakan berbolak balik, dan banyak kali juga ianya memberikan β€œsignal palsu”. Oleh itu dalam membuat sesuatu keputusan penting untuk kita pisahkan kedua-dua ini sementara waktu.

Kata orang putih, β€œNever go grocery shopping when you're hungry. You'll grab the wrong things.”.

Sering kali dalam membuat sebuah keputusan, kita perlu beri laluan kepada akal untuk melakarkan pandangannya daripada sudut tanpa emosi.

2. Meletakkan Buah Fikiran ke Satu Tempat

Saya berpendapat, selain daripada masa yang perlu kita hormati, tenaga fikiran juga perlu kita hormati. Jika kita mampu untuk dapatkan solusi dalam masa 20minit, kenapa perlu bazirkan masa lebihan kepadanya? Perkara itu juga memerlukan tenaga.

Perkara ini sering berlaku antara faktornya kerana kita sudahpun habiskan tenaga di tempat yang lain. Contohnya : Fikirkan 5 perkara dalam satu masa yang sama.

Walhal perkara ini boleh ditingkatkan produktivitinya dengan meletakkannya di satu tempat yang lain, journal contohnya.

Saya biasa journal je teman-teman, yang penting point dalam fikiran dikeluarkan ke satu tempat (atas kertas) berbanding hanya dalam fikiran yang membuatkan kita lebih sukar untuk mencari solusi. Bab color2 itu mmg luar minat saya. Sekian terima kasih. Haha gurau semua! πŸ˜†

Hanya pandangan saya, Semoga bermanfaat semua!

Adios, HA.

Ingin Belajar Bersama Kami? πŸ‘‡

πŸš€ Siri Belajar Trade Gold β†’ Belajar Trading Secara Percuma di Youtube

πŸ“š E-Video Intradate β†’ Belajar Strategi Mudah dan Proven

🏦 E-Video Fundamental β†’ Belajar Ilmu Fundamental

πŸ“±Lylyn App (Trading Journal) β†’ Dapatkan Aplikasi Nombor 1 Finance App

🎧Borak Fikir (Podcast) β†’ Top 5 Business Podcast (Apple Podcast)