- Habib Al Attas
- Posts
- 🚀 Mudah Untuk Buat VS Mudah Untuk Tidak Buat
🚀 Mudah Untuk Buat VS Mudah Untuk Tidak Buat
Salam Sejahtera All 👋
Selamat berhujung minggu semua, minggu ni saya ingin berkongsi sesuatu yang berjaya membangunkan perspektif saya apabila menghadapi sifat “malas”. Mesti ada dalam kalangan kita yang melalui cabaran kecil ini tetapi sukar untuk dilawan bukan? Izinkan saya berkongsi
1. Choose Your Easy

Saya mendapat ilham ini daripada buku Slight Edge. Dalam kehidupan seharian kita akan datang waktunya kita perlu membuat keputusan kita hanya ada dua pilihan. Yang uniknya perspektif ini, kita perlu memilih daripada dua jenis keputusan, dan kedua-duanya mudah.
Contohnya, kita dalam proses ingin menyiapkan sebuah kerja. Dalam situasi ini terdapat dua jenis mudah.
1. Mudah untuk lakukan
2. Mudah untuk tidak lakukannya (tangguh contohnya)
Selalunya bila sifat malas ini hadir, kita akan lebih cenderung untuk memilih pilihan nombor dua. Tetapi…. ini yang ubah fikiran saya. Pilihan nombor dua walaupun mudah, tetapi ianya ibarat parasit bisu.
Kenapa? Kenyataannya akan hadir lambat laun, dan apabila ianya hadir, jarang sekali ianya berhasilkan hasil yang baik.
Saat-saat inilah kita mula berfikir “kalaulah aku tak buang masa dulu”.. “kalau lah aku siapkan….” walhal kita yang membuat pilihan “mudah” itu.
Satu lagi jenis mudah, buat je terus kerja pada waktunya tanpa bertangguh seperti biasa. Mudah kan? Walaupun mungkin berat dengan apa jua faktor, tapi senang di kemudian hari insyaAllah. Saya juga percaya kepada kaedah sistem, buat apa sahaja dengan sistem untuk meningkatkan produktiviti dan penjimatan masa, tapi panjang berjela kalau saya nak kongsikan hari ini teman-teman.
Oleh itu, dengan amanah yang diberikanNya ini, sentiasalah berikan yang terbaik. Dan jika berhadapan dengan situasi seperti tadi, choose your easy.
Hanya pandangan saya, I may be wrong I may be right. Semoga bermanfaat semua!
Adios, HA.
Ingin Belajar Bersama Kami? 👇
🚀 Siri Belajar Trade Gold → Belajar Trading Secara Percuma di Youtube
📚 E-Video Intradate → Belajar Strategi Mudah dan Proven
🏦 E-Video Fundamental → Belajar Ilmu Fundamental
📱Lylyn App (Trading Journal) → Dapatkan Aplikasi Nombor 1 Finance App
🎧Borak Fikir (Podcast) → Top 5 Business Podcast (Apple Podcast)