- Habib Al Attas
- Posts
- 🧠 Pernah Dengar Terma Ini?
🧠 Pernah Dengar Terma Ini?

Pernah tak anda rasa anda mampu untuk capai sesuatu impian tetapi disebabkan faktor luar atau dalaman diri membuatkan anda tidak mampu untuk capai perkara itu?
Salam Sejahtera All 👋
Hari ini saya rasa nak berkongsi tentang perkara yang mungkin kita semua pernah lalui, apapun selamat berhujung minggu semua! Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat bagi yang memerlukan untuk hari-hari akan datang.
Iaitu "Imposter Syndrome", terma ini tidak terkecuali kepada nama-nama besar di dalam dunia hari ini sebagai contohnya Michelle Obama, Albert Einstein, dan sebagainya.
Ianya merupakan sejenis fikiran samaada daripada luar mahupun dalam diri kita yang tidak mempercayai apa yang kita sebenarnya layak untuk memiliki hanya disebabkan suara "imposter" ini.
Sebagai contoh, kita merasakan kita belum cukup layak untuk memiliki satu jawatan/kejayaan/apa sahaja. Dan org lain mampu mencapainya, antara perbezaan kita dengan mereka antaranya adalah kekuatan mereka untuk tidak menghiraukan suara "imposter ini" dan hanya fokuskan kepada yang positif serta perkara yang mereka inginkan.
Dengan pengalaman yg telah saya lalui dan saksikan pelbagai jenis manusia yg telah mencapai kejayaan luar biasa. Benar, mereka ini terdiri daripada manusia yang crazy and brave people, juga yakin dalam apa yg mereka usahakan.
Equationnya begini pada hemat saya, persiapan/accountable itu penting. Selepas itu, tergantung pd semangat kita.
Option 1 : Jika kita terperangkap dalam zone "imposter ini", hasilnya tidak dapat mencapai apa yg diinginkan.
Option 2 : Satu lagi cuba sehabis baik dan gagal, juga tidak dapat capai apa yang diinginkan tetapi bina pengalaman dan ilmu untuk perjalanan seterusnya.
Worst come to worst, jika dilakukan perkara yg betul beruntung lagi option nombor 2. Rewardnya jika berjaya? You have the answer. Yang membezakan mereka ini dgn yang lain adalah kejayaan mereka dalam melawan "imposter" ini. Hanya pandangan saya, banyak lg yg perlu saya lalui dan pelajari.
Semoga bermanfaat! Have a great week ahead everybody 🔥
Adios, HA.
Ingin Belajar Trading bersama kami? Tekan link di bawah 👇
🚀 DTH Mentorship Programme - Belajar Sistem Trading yang Lengkap, dibimbing oleh saya sendiri.
📚 E-Video Intradate - Belajar Strategi Mudah dan Proven
🏦 E-Video Fundamental - Belajar Ilmu Fundamental
📱Lylyn App (Trading Journal) - Dapatkan Aplikasi Nombor 1 Finance App
🎧Borak Fikir (Podcast) - Top 5 Business Podcast (Apple Podcast)
💡Ikuti Telegram Kami