Rahsia Breakout Candle (Naked Chart) 🤫🔥

Salam Sejahtera Semua👋

Lama dah tak menulis di sini, semoga semua yang membaca ni terus berada di dalam rahmatNya. Ok jom sambung, Hari ni kami ingin kongsikan satu ilmu best, iaitu rahsia untuk trade breakout. Jgn lupa baca sampai habis. Jgn risau walaupun zaman kini sudahpun maju, tapi penulisan tetap tulin dan tak menggunakan chat gpt. haha gurau semua! Bismillah


1. Apakah itu trade breakout?

Macam biasa, kita akan cuba kongsikan cara yang simple. Bagi pandangan kami, breakout ini adalah salah satu cara untuk melihat kekuatan harga bagi sesebuah candle itu. Kenapa? Seperti yang kita semua sedia maklum, secara asasnya sebuah candle itu ada 6 perkara (open, close, high, low, body dan wick), dengan melihat kepada tingkah lakunya, ini boleh memberi mesej kepada kita sebagai seorang trader samaada “volume” atau “momentum” itu sudahpun terbentuk mahupun sebaliknya.


2. Breakout ni perlu shadow ataupun body?

Sejak dahulu, kami sentiasa berpegang dengan “body” breakout. ini bermakna, body perlu close melepasi paras “shadow” di sebelah kiri. Barulah ianya layak dipanggil sebagai breakout. Samalah juga dengan concept yang pernah kami kongsikan di youtube mengenai teknik “Just Cage”.


3. Adakah jika hanya shadow yang memecahkan harga disebelah tidak boleh dipanggil sebagai breakout?

Hmm.. jika hendak dikupaskan lebih dalam jadinya nanti, tidak dinafikan, ada pelbagai “mazhab” di sini, ada yang memandangnya sebagai “lower timeframe breakout”, ada juga yang memandangnya dalam topic “blending candlestick”. Walaubagaimanapun, kami berpandangan tidak, ianya mestilah bersama-sama body. Itu lebih strong oleh kerana harga “close”, dan closing price merupakan harga rasmi. Tapi ingat! ini hanyalah pandangan kami, jika ada yang berpandangan berlainan kami hormati.


4. Ada Contoh Tak?

Contoh tidak breakout, kita boleh lihat bagaimana harga bermain pada paras support dan melakukan rejection. Kenapa? Disebabkan body tidak berjaya memecah paras support yang ditanda. Membuatkan ianya reject semula dan melakukan kenaikan.

Contoh breakout yang valid, body melepasi keseluruhan candle di tepi. Ini menjadikannya lebih kuat dan valid bagi hemat kami. lalu harga terus melakukan kenaikan.

  1. Boleh ke guna ilmu ni sebagai “indicator” samaada momentum itu benar-benar berlaku ataupun tidak?

    Trade at your own risk! Jawapannya boleh daripada sudut TA, tapi janganlah hanya sekadar itu sahaja kemudian dah nak trade.. Hari ini hanyalah perkongsian tentang breakout. Jadi antara cara kami untuk melihat samaada valid atau pun tidak sesebuah harga itu telah dipecahkan sebelum ingin ke step yang lain untuk analisa Teknikal, daripada sudut breakout, beginilah ceritanya. Semoga bermanfaat semua.

Sampai di sini sahaja perkongsian kita kali ini, jika ada yang nak tahu kenapa Ringgit Melonjak boleh tonton video terkini dari kami.

Terima kasih atas sokongan yang diberikan teman-teman, kami sangat menghargainya.

🔔 Telegram Rasmi Kami → t.me/thehabibalattas

🟡 Best Prop Firm → https://bit.ly/3RrumN2

🔴 Recommended Brokers

1. https://bit.ly/3Rty5YT (jika anda sudah ada account bersama GMI dan ingin support kami, boleh sertakan IB Code Kami : GMP13997)

2. https://bit.ly/3kZoucR (jika anda sudah ada account bersama GMI dan ingin support kami, boleh sertakan Partner ID Kami : 3145113)

🚀 Free Education → https://bit.ly/3tE03cQ

This is not a financial advice. Any performance results discussed herein represent past performance, not a guarantee of future performance, and are not indicative of any specific investment. Due to the timing of information presented, investment performance may be adjusted after the publication of this report. There can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy, or product made reference to directly or indirectly in this communication will be profitable, equal any corresponding indicated historical performance levels or be suitable for your portfolio. You acknowledge and understand there is a significant degree of risk involved in trading financial markets.  With respect to financial markets trading, there is considerable risk exposure, including but not limited to, leverage, creditworthiness, limited regulatory protection and market volatility that may substantially affect the price, or liquidity of a currency or currency pair or any traded instrument(s). The Channel assume no responsibility for liability for your trading and investment results. It should not be assumed that the methods, techniques, or indicators presented in these products will be profitable, or that they will not result in losses.  Past results of any individual trader or trading system published by The Channel, through the Channel or otherwise, are not indicative of future returns by that trader or system, and are not indicative of future returns which will be realized by you.  All investments involve risk, and the past performance of a security, industry, sector, market, financial product, trading strategy, or individual's trading does not guarantee future results or returns. Investors are fully responsible for any investment decisions they make. Therefore, you should not invest any funds that you cannot afford to completely lose in a worst-case scenario. Trading and investing carries a HIGH LEVEL OF RISK, you could lose some or all of your investment. Trading commodities or any other financial instrument may not be suitable for all investors.  Before deciding to trade, you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite.  We accept no liability for any losses or damages you may incur—this means that you alone are responsible for your actions in any trading or investing activities.